Friday, March 30, 2012

Kerinduan yang tak tertanggung..kau ku ingati selalu


Pengalamannya mendewasakan aku.Itu lah sikap arwah yang penuh kelembutan dan kasih sayang dalam menunjukkan contoh,tauladan dan peringatan kepada anak2 buahnya,saudara-mara malahan kepada hampir ramai kawan2 ku semasa hayatnya.

Di penghujung usianya,masih sempat lagi kami meyusuri jalan-jalan di pelusuk daerah Batang Kali dan Hulu Langat.Mencari jalan-jalan yg rosak dan surau-surau yg perlu di baik pulih.Dalam bertongkat nya arwah,dia kuatkan juga diri memanjat tangga di bangunan ICU-JPM membawa harapan kariah surau,org2 kampung dalam memanjangkan permohonan ke Datuk Pengarah pembangunan negeri Selangor.Pak ning,abg tak mampu nak selusuri lagi jalan2 itu.Malah abg sendiri menangis semasa cuba menyusuri jalan2 itu kembali utk menyelesaikan kerja2mu yang masih lagi tertangguh.Air mata ini mengalir keluar secara tiba2.Malah kedai siput sedut yg biasa kita singgah utk makan pun abg tak sanggup nak jejakkan kaki.Sebab kat situ lah tempat kita menggembleng idea,terutamanya Pak Ning sendiri bila lepas makan baru boleh ON idea segala.

Pernah menangis,bila mengenang kan nasib anak2 miskin Yayasan Selangor dan nasib Yayasan Selangor di depan ku.Pernah bercerita tanpa henti dan amat berbangga malah pernah menitiskan air mata bila bercerita tentang kisah dia bersama Almarhun Tuanku Sultan Selangor dan ahli keluarga Almarhum Sultan dahulu.

Dia juga lah(arwah) yg menitiskan air mata masa majlis kahwin ku.Malah aku sendiri tertanya2 kenapa arwah terlalu sensitif orgnya.Di peluknya aku seerat mungkin sambil menitis air mata malah sempat membisikkan kata2 hikmah ke telingaku dalam tangis sendunya menasihati ku tentang perihal kasih sayang dan rumah tangga.(Terima kasih pak ning atas doa mu atas pernikahan ku).Dia jugalah org yg terawal dtg ke hospital semasa lahirnya anak pertama dan kedua ku.Alhamdulillah arwah sempat memangku kalian berdua anak2 ku. Dialah yg menangis semasa adik ku bertarung nyawa di HTAR sana.Dialah yg sentiasa berkejar tak kira masa melawat dari pagi sampai lah ke tengah malam selagi dia ada masa.

Kenangan bersama mu pak ning ku bukan sahaja di ingati oleh diriku sentiasa,malahan rakan2 ku yg sentiasa bersama mu dahulu sentiasa aje bercerita kisah2 mu..terkadang kami terbuai dengan kenangan itu.Tersenyum kami teringat kisah2 yang pernah kau ceritakan,kisah tauladan yg kau cuba sampaikan,kisah kehidupan yg cuba kau ajari kami tentang mencari sesuap nasi.

Alfatihah buat mu,kesayangan ku arwah Pak Ning ku..Aku amat rindu pada mu..!!!!

No comments:

Post a Comment